Khamis, 2 Ogos 2012

Pertemuan dan Perpisahan Lumrah Kehidupan



buat sahabat-sahabat yang di kasihi,,, renung-renungkan lah.... setiap yang datang pasti akan pergi.... setiap yang hebat pasti ada kelemahannya.....


sebuah pertemuan dan penghujung perpisahan..



thread pilihan ku harini..maafkan aku andai bicara kataku sebentar nanti bakal mencarik atau melukakan hati siapa2 yang membaca.. kata2ku hanya sekadar penghias kepada ruangan ini..sebagai kata2 semangat untuk diriku dan juga sebagai tempat aku mencoret seribu rahsia hati yang kadang2 aku sndiri xmampu mentafsirr..tulisan…karya..mampu mencoretkannya..bukankah? anda lebih bijak menilai..



sebuah pertemuan..penghujung perpisahan..



pertemuan itu berlangsung tiap detik hidup kita.. sjak lahir.. kita di hadapkan dengan pertemuan.. saat lahir kedunia..pertemuan terjadi.. antara seorang bayi dengan ibu bapa yang amat mengasihinya.. masuk alam persekolahan..kita bakal bertemu dengan sahabat2 handai..dan bermula disini pertemuan yang paling kerap kita rasai… dan penghujungnya psti ada perpisahan..



Syukur sungguh di hati ini

Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman



memetik ungkapan tadi..dari sebuah lagu kesukaanku..sebuah pertemuan nyanyian UNIC..beberapa rangkap kata puitis itu pada ku membawa makna yang tersendiri..ketulusan hati seorang teman.. itu menjadi impian kita.. dan sejenak..aku mengaplikasikan dalam diri.. aku sendiri mengakuinya.. apabila pertemuan ini dihiasi dengan ketulusan..kejujuran.. dan kebahagiaan yang tidak lari dari tali Allah..memori bersama seorang teman itu pasti utuh dalam minda..mahupun hati..dan memori2 itu pasti akan dikenang selepas berlaku perpisahan..

itu fitrah manusia..

besar erti sebuah pertemuan..dan setiap yang terjadi ada hikmah yang kita xketahui.. dan xsemua benda dapat dilihat dengan mata kasar..tetapi lihatlah dengan mata hati… kerana itu mata sebenarnya… lihat saja insan yang Allah duganya dengan buta.. mata hatinya cukup kuat sekalipun mata kasarnya tidak mampu melihat.. cuba anda kenang2 kembali.. apakah tiap2 pertemuan yang berlaku dalam hidup anda membawa erti..membawa hikmah tersirat?… bagiku, istilah pertemuan..perpisahan sememangnya istilah yang terlalu banyak untuk di huraikan.. terlalu banyak untuk diperkatakan.. dan semanis2 pertemuan pada ku adalah bersahabat dengan seseorang yang membawa aku kejalan kebenaran..mengingatkan saat aku alpa..dan membangkitkan saat aku rebah xberdaya..

penghujung perpisahan..

mendengar sebaris ayat ini,kita sudah mampu metafsirkan bahwa perpisahan pasti mengakhiri setiap pertemuan. bukan kah? pertemuan pada hidup adalah mati.. pertemuan bersama sahabat handai juga pasti berakhir dengan perpisahan saat masing2 membawa hala tuju hidup.. itu realitinya yang kita tidak mampu sangkal.. Allah mengaturkannya.. Alam ini ada aturannya..pertemuan lawannya perpisahan.. itu hukum alam…yang kita sebagai manusia xkan mampu menyangkal..apatah lagi menidakkannya..

tiada yang kekal selamanya.. hidup didunia ini hanya sementara dan yang badi ialah akhirat.. dunia hanyalah jambatan menuju alam akhirat.. pertemuan dan perpisahan corak kehidupan.. keindahannya tersembunyi..hikmahnya kadang kala tidak kita sedari…


“setiap pertemuan ada perpisahan” suatu hikmah yang sering kita dengar bila suatu perpisahan berlaku. Namun pernah tak kita mendengar pertemuan yang tiada perpisahan?

Ia mungkin suatu yang ganjil dan boleh dikategorikan sebagai mustahil.Tetapi sedar atau tidak, jika difikirkan dengan teliti tentang ayat-ayat Al-Quran dan semua panduan manhaj Ilahi, tiada yang mustahil, kerana mustahil merupakan sifat yang membataskan sesuatu hanya pada apa yang boleh difikirkan atau difahami oleh akal yang waras. Maka dengan jelas kita sedar bahawa akal merupakan makhluk yang sangat terbatas dari pengetahuan dan ilmu Allah yang maha luas.Maka tiada yang mustahil disisi Allah. Sebagai contoh, dari segi akal mustahil seseorang dapat hidup selamanya; tetapi ilmu Al-A’alim maha luas dan Al-Malik maha kuasa dalam melakukan sesuatu maka Ar-Rahim menciptakan untuk kita syurga yang tiada disana kematian dan membenarkan manusia hidup selamanya.Jelas, tiada yang mustahil disisi Allah.

Baiklah, maka apakah dia “pertemuan tanpa perpisahan” ? Baiklah mari kita melihat kepada sifat pertemuan.Secara mudahnya ia berlaku apabila dua insan bertemu.Secara logik akal kita, wajib disana adanya perpisahan dan secara tak logiknya tiada perpisahan disana.Sifat perpisahan pula ia meruapakan perpisahan antara dua insan.

Jadi adakah mungkin bertemu tanpa berpisah?.Cubakita lihat pada sifat insan pula, kerana kita sedang berbincang tentang pertemuan dan perpisahan antara insan.Insan mempunyai beberapa unsur.Jasad,roh dan akal yang utama.

Manusia biasa bertemu dan berpisah kerana teman, mungkin juga kerana rakan persekolahan , mungkin juga kerana sepasukan bola dan mungkin kerana rakan sekerja.Tetapi untuk seorang yang faham Islam maka wajiblah pertemuan mereka kerana Allah dan ini merupakan suatu perkara yang indah dikalam sukar dihati kerana mustahil pertemuan kerana allah diukur pada jasad yang bertemu.Yang pasti ia hanya diukur dari pertemuan hati-hati yang ikhlas berjuang di jalannya.Maka adakah hati disini dikategorikan sebagai jasad atau perkara yang bersifat ruhi.

Mari kita melihat kepada mafhum hadis – suatu ketika Rasulullah sedang duduk bersama sahabatnya lalu rasulullah bersabda “Aku rindukan saudaraku” maka sahabat pun pelik dan bertanya bukankah kami saudaramu? Rasulullah menjawab “Tidak. Kamu adalah sahabatku,saudaraku adalah mereka yang datang selepasku, mereka beriman kepadaku tetapi mereka tidak pernah melihat aku sebelum ini.”

Jelas disini ikatan ini tidak pernah diukur dari segi pertemuan atau perpisahan jasadi dan zahiri tetapi ia merupakan suatu ikatan yang diikat atas dasar imaniah dan ia kembali kepada hadaf (tujuan) kita berdiri tak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri spenuhnya kepada Allah S.W.T.

Persoalannya, bolehkah pertemuan ruhiah berpisah? Jawapannya ya, hanya apabila insan yang bertemu tersebut sudah lupakan tujuan dan misi dia hidup didunia dan sudah memisahkan dirinya daripada hakikat pertemuan kerana Ilahi.

Nah inilah jalan dan panduan yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita tentang pertemuan dan perpisahan. Adakah kita akan berusaha kearahnya?. Sukar namun inilah jalan yang kan mengurangkan kekesalan kita dihari yang tiada seorangpun yang kan tercicir daripada berasa menyesal.




p/s : untuk teman-teman, moga ukhuwah yang terjalin ini tidak terputus begitu sahaja..insyaAllah..sesungguhnya orang yang cemerlang adalah orang yang sentiasa menambah kenalan…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan