Khamis, 2 Ogos 2012

Seindah Hiasan Adalah Wanita Soleha


Mungkin pada sepasang matanya yang hening, yang selalu menjeling tajam, atau yang kadang-kala malu-malu memberikan kelingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tidak pernah jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-kala memberikan kucupan mesra di dahi emak, juga ayah, suami, adik-adik dan persahabatan. Ataupun mungkin juga pada hilau tawanya yang gemisik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus menghangatkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup menceritakan kecantikan perempuan. sejuta, malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu, panjatkanlah kesyukuran kehadrat illahi kerana menjadikan perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun...betapa pun dijaga, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi... Wajah akan suram dan mata akan kedam.. Satu sahaja yang tidak di mamah usia ialah sifat perempuanan yang dipupuk dengan mata iman dan ibadah.. walaupun setiap dari kita belum mencapainya, berusahalah untuk menuju keakhirat yang hakiki, kerana esok belum tentu kita yang punya kerana semalam telah pergi selama-lamanya..

Sedih ku sakit ku
Ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku di cuba
Demi rahmat mu ku terima
Ya Allah redhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat mu
Ya Allah
Di dunia yang sarat ku dakap
Kupohon dosaku ampunkan
Demi bahagia dunia akhirat

Turunkan rahmatmu untuk ku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan