Jumaat, 3 Ogos 2012

Hanya Tinggal Kenangan

Kadang-kadang Tuhan sembunyikan
matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan
tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak
memberi kita pelangi

Penyesalan terbesar dalam hidup
ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika kita merasakan sesuatu itu akan
membuatkan kita bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahwa kita akan
melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Andai hidup puncak perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati puncak perpisahan,
biarlah hidup ini membawa arti yang nyata.

Kemaafan mungkin amat berat
untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya
dengan memberi kemaafan sajalah kita akan dapat mengobati hati yang
telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah
yang boleh membuang segala parut luka emosi

Apabila kita mulai menyangka kita telah membuat satu pilihan yang salah
dalam hidup kita dan terus menyangka kebahagian tidak akan kita kecapi
karena kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah kita tidak akan
berasa bahagia.

Renung fikir menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

Apabila temanmu berubah dan
bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia karena sekali dia
membengkok dan sesekali dia melurus. Manusia tidak terhindar dari kesilafan.
Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat.
Dan duduk berteman adalah lebih baik daripada duduk bersendirian.
Dosa yang paling keji terhadap kawan kawan bukanlah karena membenci
mereka tetapi karena kita bermuka-muka dengan mereka.
Tidak ada orang yang berhasil dalam keadaan dirinya tak pernah sedia
untuk berhasil kalau dia "berhasil" itu bukan keberhasilan tapi kebetulan saja.

Hidup adalah akar yang menjalar, menjelajah kesegenap destinasi, walau
susah walau sukar walau yang datang hanyalah setitis air jernih yang
bakal menyinari hidup hanya ssesingkat saja.
Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus

Jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi bagian darimu, Tetapi atas Alasan tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,
Terimalah kenyataan itu dan setidaknya dia pernah membahagiakanmu.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Kekhilafan sesaat adakalanya menimbulkan sesal bertahun-tahun.

sahabat andai aku pergi jauh dari mu suatu hari, janganla kamu mencari ku, kerana ada yang lebih baik dari ku untuk kamu wahai sahabat ku,,, jangan biarkan masa-masa yang lapang menjadi masa yang mensia-siakan mu kerana suatu hari nanti masa itu takkan kembali lagi... dan kamu takkan mungkin dapat mengejarnye....

wahai sahabat ku,,,,
pergilah mengejar impian yang engkau cari selama ni,
jangan jadikan sesuatu penghalang buatmu...
terima kasih kerana menjadi sesorang teman yang baik untuk ku,
dan takkan mungkin untuk di lupakan walaupon ianya hanya persinggahan untuk beberapa minit...
sayang sangat-sangat.... walaupon ianya sudah lama berlalu,,,, tapi pahit untuk di telan sehingga hari ini..

"sesuatu yang tak di sangka
sering kali mendatangi kita
ini kah suratan dalam kehidupan
atau sekadar suatu persinggahan"

Khamis, 2 Ogos 2012

Cuti-Cuti In Sabah... SAAAAAAA!!!



Salam,
Hye korang semua,
Ape kabo??
Aku nak Kabo ni, time aku kat dlm gambo nie aku kat sabah..
Seronok tue dpt g sabah free2 jerk.. hahaha
Waktu ni kitorang Juara IPTIM keseluruhan..
So sebagai Hadiah drpd KUIS,
Kitorng dptla bercuti di sabah sambil melawat + n mempromosikan KUIS di sekolah-sekolah..
Best gilerla time nie, tak terkata jadinya..

huhu








Pertemuan dan Perpisahan Lumrah Kehidupan



buat sahabat-sahabat yang di kasihi,,, renung-renungkan lah.... setiap yang datang pasti akan pergi.... setiap yang hebat pasti ada kelemahannya.....


sebuah pertemuan dan penghujung perpisahan..



thread pilihan ku harini..maafkan aku andai bicara kataku sebentar nanti bakal mencarik atau melukakan hati siapa2 yang membaca.. kata2ku hanya sekadar penghias kepada ruangan ini..sebagai kata2 semangat untuk diriku dan juga sebagai tempat aku mencoret seribu rahsia hati yang kadang2 aku sndiri xmampu mentafsirr..tulisan…karya..mampu mencoretkannya..bukankah? anda lebih bijak menilai..



sebuah pertemuan..penghujung perpisahan..



pertemuan itu berlangsung tiap detik hidup kita.. sjak lahir.. kita di hadapkan dengan pertemuan.. saat lahir kedunia..pertemuan terjadi.. antara seorang bayi dengan ibu bapa yang amat mengasihinya.. masuk alam persekolahan..kita bakal bertemu dengan sahabat2 handai..dan bermula disini pertemuan yang paling kerap kita rasai… dan penghujungnya psti ada perpisahan..



Syukur sungguh di hati ini

Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai

Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman



memetik ungkapan tadi..dari sebuah lagu kesukaanku..sebuah pertemuan nyanyian UNIC..beberapa rangkap kata puitis itu pada ku membawa makna yang tersendiri..ketulusan hati seorang teman.. itu menjadi impian kita.. dan sejenak..aku mengaplikasikan dalam diri.. aku sendiri mengakuinya.. apabila pertemuan ini dihiasi dengan ketulusan..kejujuran.. dan kebahagiaan yang tidak lari dari tali Allah..memori bersama seorang teman itu pasti utuh dalam minda..mahupun hati..dan memori2 itu pasti akan dikenang selepas berlaku perpisahan..

itu fitrah manusia..

besar erti sebuah pertemuan..dan setiap yang terjadi ada hikmah yang kita xketahui.. dan xsemua benda dapat dilihat dengan mata kasar..tetapi lihatlah dengan mata hati… kerana itu mata sebenarnya… lihat saja insan yang Allah duganya dengan buta.. mata hatinya cukup kuat sekalipun mata kasarnya tidak mampu melihat.. cuba anda kenang2 kembali.. apakah tiap2 pertemuan yang berlaku dalam hidup anda membawa erti..membawa hikmah tersirat?… bagiku, istilah pertemuan..perpisahan sememangnya istilah yang terlalu banyak untuk di huraikan.. terlalu banyak untuk diperkatakan.. dan semanis2 pertemuan pada ku adalah bersahabat dengan seseorang yang membawa aku kejalan kebenaran..mengingatkan saat aku alpa..dan membangkitkan saat aku rebah xberdaya..

penghujung perpisahan..

mendengar sebaris ayat ini,kita sudah mampu metafsirkan bahwa perpisahan pasti mengakhiri setiap pertemuan. bukan kah? pertemuan pada hidup adalah mati.. pertemuan bersama sahabat handai juga pasti berakhir dengan perpisahan saat masing2 membawa hala tuju hidup.. itu realitinya yang kita tidak mampu sangkal.. Allah mengaturkannya.. Alam ini ada aturannya..pertemuan lawannya perpisahan.. itu hukum alam…yang kita sebagai manusia xkan mampu menyangkal..apatah lagi menidakkannya..

tiada yang kekal selamanya.. hidup didunia ini hanya sementara dan yang badi ialah akhirat.. dunia hanyalah jambatan menuju alam akhirat.. pertemuan dan perpisahan corak kehidupan.. keindahannya tersembunyi..hikmahnya kadang kala tidak kita sedari…


“setiap pertemuan ada perpisahan” suatu hikmah yang sering kita dengar bila suatu perpisahan berlaku. Namun pernah tak kita mendengar pertemuan yang tiada perpisahan?

Ia mungkin suatu yang ganjil dan boleh dikategorikan sebagai mustahil.Tetapi sedar atau tidak, jika difikirkan dengan teliti tentang ayat-ayat Al-Quran dan semua panduan manhaj Ilahi, tiada yang mustahil, kerana mustahil merupakan sifat yang membataskan sesuatu hanya pada apa yang boleh difikirkan atau difahami oleh akal yang waras. Maka dengan jelas kita sedar bahawa akal merupakan makhluk yang sangat terbatas dari pengetahuan dan ilmu Allah yang maha luas.Maka tiada yang mustahil disisi Allah. Sebagai contoh, dari segi akal mustahil seseorang dapat hidup selamanya; tetapi ilmu Al-A’alim maha luas dan Al-Malik maha kuasa dalam melakukan sesuatu maka Ar-Rahim menciptakan untuk kita syurga yang tiada disana kematian dan membenarkan manusia hidup selamanya.Jelas, tiada yang mustahil disisi Allah.

Baiklah, maka apakah dia “pertemuan tanpa perpisahan” ? Baiklah mari kita melihat kepada sifat pertemuan.Secara mudahnya ia berlaku apabila dua insan bertemu.Secara logik akal kita, wajib disana adanya perpisahan dan secara tak logiknya tiada perpisahan disana.Sifat perpisahan pula ia meruapakan perpisahan antara dua insan.

Jadi adakah mungkin bertemu tanpa berpisah?.Cubakita lihat pada sifat insan pula, kerana kita sedang berbincang tentang pertemuan dan perpisahan antara insan.Insan mempunyai beberapa unsur.Jasad,roh dan akal yang utama.

Manusia biasa bertemu dan berpisah kerana teman, mungkin juga kerana rakan persekolahan , mungkin juga kerana sepasukan bola dan mungkin kerana rakan sekerja.Tetapi untuk seorang yang faham Islam maka wajiblah pertemuan mereka kerana Allah dan ini merupakan suatu perkara yang indah dikalam sukar dihati kerana mustahil pertemuan kerana allah diukur pada jasad yang bertemu.Yang pasti ia hanya diukur dari pertemuan hati-hati yang ikhlas berjuang di jalannya.Maka adakah hati disini dikategorikan sebagai jasad atau perkara yang bersifat ruhi.

Mari kita melihat kepada mafhum hadis – suatu ketika Rasulullah sedang duduk bersama sahabatnya lalu rasulullah bersabda “Aku rindukan saudaraku” maka sahabat pun pelik dan bertanya bukankah kami saudaramu? Rasulullah menjawab “Tidak. Kamu adalah sahabatku,saudaraku adalah mereka yang datang selepasku, mereka beriman kepadaku tetapi mereka tidak pernah melihat aku sebelum ini.”

Jelas disini ikatan ini tidak pernah diukur dari segi pertemuan atau perpisahan jasadi dan zahiri tetapi ia merupakan suatu ikatan yang diikat atas dasar imaniah dan ia kembali kepada hadaf (tujuan) kita berdiri tak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri spenuhnya kepada Allah S.W.T.

Persoalannya, bolehkah pertemuan ruhiah berpisah? Jawapannya ya, hanya apabila insan yang bertemu tersebut sudah lupakan tujuan dan misi dia hidup didunia dan sudah memisahkan dirinya daripada hakikat pertemuan kerana Ilahi.

Nah inilah jalan dan panduan yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita tentang pertemuan dan perpisahan. Adakah kita akan berusaha kearahnya?. Sukar namun inilah jalan yang kan mengurangkan kekesalan kita dihari yang tiada seorangpun yang kan tercicir daripada berasa menyesal.




p/s : untuk teman-teman, moga ukhuwah yang terjalin ini tidak terputus begitu sahaja..insyaAllah..sesungguhnya orang yang cemerlang adalah orang yang sentiasa menambah kenalan…

Cuti-cuti in Teluk Kemang Port Dickson


pada mu teman-teman yang di kasihi

Yakin dan semangatlah maka suatu
hari nanti apa yang kau inginkan kan tercapai

Sesuatu yang buruk tak selamanya tidak baik
Dan sesuatu yang indah tak selamanya baik

Jika kau tak ingin dipukul
Maka jangan kau pukul orang lain

Kaki tak selamanya bisa berdiri
Mata tak selamanya bisa melihat
Mulut tak selamanya bisa bicara
Namun cintaku padamu akan selalu ada untukmu

Lupakanlah masa lalu pahitmu
Dan bergegaslah melanjutkan langkahmu menuju masa depan

Kehilangan cinta anggaplah seperti kehilangan cincin dilautan yang tak berdasar
Dan iyu sesuatu yang harus dilupakan selamanya

Sesuatu yang kita perbuat
pasti akan kembali pada diri kita sendiri . . . .





seronok sangat time nie...huhuhu... yang best sangat naik banana 2 kali tu.. rasa nak naik banyak kali je, coz rasa camtak puas je..huhuhu, banyak sangat kenangan kat cini ngan kawan2 huhuhu...rasenye nak g je lagi..




bestkan tengok gambar tu, huhuu, after je g telok kemang kitorang pon gla usim tapi jap je, huhuhu... and sebelum balik kuis, kitaorang sempat tau g putrajaya hehe, biasalah nak abiskan tension sebelum kelas bermula....





walau apapun terjadi kita tetap kawan sampai bila-bila...
seronok sangat kawan ngan u all..
aku sayang korang semua...
muahhhhh



Seindah Hiasan Adalah Wanita Soleha


Mungkin pada sepasang matanya yang hening, yang selalu menjeling tajam, atau yang kadang-kala malu-malu memberikan kelingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tidak pernah jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-kala memberikan kucupan mesra di dahi emak, juga ayah, suami, adik-adik dan persahabatan. Ataupun mungkin juga pada hilau tawanya yang gemisik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus menghangatkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup menceritakan kecantikan perempuan. sejuta, malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu, panjatkanlah kesyukuran kehadrat illahi kerana menjadikan perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun...betapa pun dijaga, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi... Wajah akan suram dan mata akan kedam.. Satu sahaja yang tidak di mamah usia ialah sifat perempuanan yang dipupuk dengan mata iman dan ibadah.. walaupun setiap dari kita belum mencapainya, berusahalah untuk menuju keakhirat yang hakiki, kerana esok belum tentu kita yang punya kerana semalam telah pergi selama-lamanya..

Sedih ku sakit ku
Ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku di cuba
Demi rahmat mu ku terima
Ya Allah redhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat mu
Ya Allah
Di dunia yang sarat ku dakap
Kupohon dosaku ampunkan
Demi bahagia dunia akhirat

Turunkan rahmatmu untuk ku

Tazkirah Besr Punya

Untuk renungan seketika....


Ikhlas  Orang yang ikhlas ialah mereka yang mempunyai tujuan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam setiap amal perbuatannya dan sesiapa yang melakukan amal ibadah semata-mata ingin riak(menunjuk-nunjuk), maka dia akan diamcam dengan kehancuran dalam bentuk yang pelbagai. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedangkan mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dalam keadaan munafik). Mereka apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingat Allah (dengan mengerjakan solat) melainkan sedikit sahaja. (al-Nisa’ : 142)

Firman Allah SWT lagi : 

Maksudnya : dan diantara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan menyatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat keras permusuhannya. Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapatkan hajatnya), berusahalah ia di bumi untuk melakukan bencana dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia) sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (al-Baqarah : 104-205)



Di antara perbuatan ikhlas adalah seperti berikut :

1. Orang yang berpuasa utk menhindarkan dr perbuatan zina atau uyk menambahkan pahalanya dan mencapai kesihatan yang baik. 
2. Orang yang solat malam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan penuh khusyuk. 
3. Orang yang menuntut ilmu untuk memperolehi kejayaan dan dapat membantu keluarganya untuk hidup senang. Bukan untuk kebanggaan diri. 
4. Orang yang menuntut ilmu untuk mendalami ilmu-ilmu agama di samping keperluan ilmu yang  lain. 
5. Orang yang sihat yang berniatkan untuk menambahkan amal kebajikan.


Nilai ikhlas

- Nilai ikhlas terletak pada NIAT kerana setiap amal perbuatan insan adalah dimulakan dengan niat. Penerimaan atau penolakan sesuatu amalan itu adalah kerananya. Justeru niat yang timbul dari kesedaran hati atau jiwa untuk melakukanya adalah menurut kemahuan sendiri. Sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : sesungguhnya segala amalan adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan.


Sabtu, 28 Julai 2012

About Me!!!!


ku meniti Awan yang kelabu
ku tempuhi loromg yang berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapanku

ku percaya nanti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung
bersamanya

engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan
hati ini

seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti 



Assalamualaikum,,

hye sape tak kenal memang nak kena niee??????? Erm, nama saya NUR FATEHA BT YUNOS (cam skema je) ape-apelah, orang selalu panggil Teah, bagi sesiapa yang tak mengenali memang rugi… lahir kat TERENGGANU tapi cam biaselah hidup ni kene merantau so, skang ni tinggal kat JOHORla… kalau dah tahu tempat lahir takkan tak tahu kot tarikh lahir. Okey tarikh lahir aku 19 MAC 1989 la, cubalah teka umur aku skang ni berape???? Ha! Da tahu ni kena bagi hadiah tau.. huhuhu. Cam biaselah aku ni suka warna pink tau, tak lah fenatik sangat ngan warna ni tapi warnanye comel, ayu tu.. hehehe. Selain warna tulah aku suka gak warna purple, okeyla warnanya, wat masa ni tu jela warna y menjadi kesukaan ku. Ape lagi erk? Erm.. ha! Nak tahu tak, klu pergi je kedai makan mana-mana mesti aku order mee bandung, kadang-kadang tu nasi ayam, klu air lak aku order carrot susu tak pon teh susu klu nak senag milo jela, tak pon holick, sebab tu semua mkn n minum kegemaran aku, da tahu ni ape algi cepat-cepatla keluarkan duit belanja aku.. heheheh.
Amacam hebat tak aku? Tapi aku ni tak hebatlah macam korang-korang ni semua, aku ni biase-biase je orang nye… aku ni pemalu orangnye, hehe bolehla tahan, aku ni happy good lucky so tak yahla nak sedih-sedih depan aku, aku bukan tak suka tapi aku rimasla.. tapi insya’allah aku boleh pujuk. Aku orang nye klu sedih pon ketawa, klu geram pon ketawa so aku lebih suka kedamaian bukan huru-hara, gembirala tok lupakan segala masalah yang datang. Ape lagi yerk?? Ha! Lagi satu aku ni tak suke nak marah-marah orang, buang masa jerk, aku bukan lah seorang yang panas baran tapi klu da hilang kesabaran insya’allah lah aku marah tapi tak lame pon kejap je, lagi pon aku tak pandai nak marah orang nanti aku ketawa.. hehehe. aku rase setakat ini jela yang aku mampu nak cerita kat korang, itu pon kalau korang habis bacelah….hehehe