Khamis, 2 Ogos 2012

Tazkirah Besr Punya

Untuk renungan seketika....


Ikhlas  Orang yang ikhlas ialah mereka yang mempunyai tujuan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam setiap amal perbuatannya dan sesiapa yang melakukan amal ibadah semata-mata ingin riak(menunjuk-nunjuk), maka dia akan diamcam dengan kehancuran dalam bentuk yang pelbagai. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah dengan perbuatan pura-pura beriman sedangkan mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dalam keadaan munafik). Mereka apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingat Allah (dengan mengerjakan solat) melainkan sedikit sahaja. (al-Nisa’ : 142)

Firman Allah SWT lagi : 

Maksudnya : dan diantara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan menyatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat keras permusuhannya. Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapatkan hajatnya), berusahalah ia di bumi untuk melakukan bencana dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia) sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (al-Baqarah : 104-205)



Di antara perbuatan ikhlas adalah seperti berikut :

1. Orang yang berpuasa utk menhindarkan dr perbuatan zina atau uyk menambahkan pahalanya dan mencapai kesihatan yang baik. 
2. Orang yang solat malam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan penuh khusyuk. 
3. Orang yang menuntut ilmu untuk memperolehi kejayaan dan dapat membantu keluarganya untuk hidup senang. Bukan untuk kebanggaan diri. 
4. Orang yang menuntut ilmu untuk mendalami ilmu-ilmu agama di samping keperluan ilmu yang  lain. 
5. Orang yang sihat yang berniatkan untuk menambahkan amal kebajikan.


Nilai ikhlas

- Nilai ikhlas terletak pada NIAT kerana setiap amal perbuatan insan adalah dimulakan dengan niat. Penerimaan atau penolakan sesuatu amalan itu adalah kerananya. Justeru niat yang timbul dari kesedaran hati atau jiwa untuk melakukanya adalah menurut kemahuan sendiri. Sabda Rasulullah SAW : Maksudnya : sesungguhnya segala amalan adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan